Tuesday, 21 February 2012

...sUnYi SePi..MeNyEpI....

Dah lama rasenya tak update blog.. rasenya sbb limpahan kerja yg banyak kot..(untuk mencari rezeki yg diredhai n ALLAH untuk anak2 - tisya,iqbal,syahmi,umairah,aina,along,darwish,irfan.. waaa...ramai ni...hik3..)
Minta ALLAH permudahkan segala usaha jerih perih n keringat yg keluar utk FAMILY... ~aik..ape yg merepek ni???~

Lama tak update blog sebab :-
Projek PC Maintainance 8.1.12-15.1.12 - lama tuuuu
Program Amal cth : Derma Darah, Beauty Workshop
Jenjalan bawa acu sikin n anak2 serta suami tersayang ke COLMAR TROPICALE..wahahaha SYOK LOL..
++ kelas untuk SEM JAN 2012..
Bengkel.. serta Kursus..

waaa...kalau dihitung betapa busy nye saya..hehehe
the most important things is CARI DUIT...
I'M A MONEY MAGNET!!!!!

Friday, 20 January 2012

Program "Wanita Anggun Bergaya"

Wahai wanita yang berada di seluruh Dunia  Bentong...ekekeke

Mari2 ... Rapat2...!!!!!


Program "Wanita anggun bergaya"

Tarikh : 4.2.2011 (sabtu)
Masa : 10pg - 1pm
Tempat : MID Kg. Shafie, Bentong, Pahang
Yuran : RM30 harga promosi. (harga asal rm50)

Agenda :
-Tutorial solekan oleh pakar perunding tatarias wajah & gaya
-Rahsia Awet muda
‎-Petua aura seri diri
-Tutorial susun lemak

-Slim are women dream





Sila bagi details untuk pendaftaran yer.. 1st come 1st serve..
(0199665540 - Liza)




sssyyyhhhh... pamplets iklan tu...



Friday, 13 January 2012

KEMPEN DERMA DARAH

Satu kempen derma darah akan diadakan anjuran saya sendiri dengan 
menggunakan nama company...boleh kan???hahahha... DATANG BERAMAI2 MENDERMA DARAH ye...
Medan Infodesa Kg. Shafie dengan kerjasama Puteri UMNO bahagian Bentong akan mengadakan Program pemeriksaan kesihatan percuma (mobile clinic) dan KEMPEN DERMA DARAH akan diadakan pada :

tarikh : 15.1.2012 (ahad)
masa : 8.30pagi mula sehingga jam 3ptg.
tenpat : Dataran Simpang Pelangai, Bentong Pahang

Di jemput semua hadir untuk menyokong Pusat Tabung Darah Negara untuk manambah jumlah tabung darah dan merekrut lebih ramai penderma darah.



Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun. Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga. Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan.Sila rujkuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
·         Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
·         Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
·         Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
 ·         Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
·         Mengambil dadah secara suntikan
·         Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
  ·         Tidak mengandung.
 ·         Tidak datang haid.
·         Tidak menyusukan anak.
11.Jangan menderma darah jika anda:
  ·         Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
·         Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.


Friday, 6 January 2012

January 2012

Assalammualaikum sumer...

2012 dah datang ni..AZAM baru tahun baru cm ner???

AZAM lama tu cm ner?? dh tercapai ker??

citer pasal azam lama ni, ader yang tak tercapai lagi dek tangan aku ni..antaranya ialah:

- Memiliki lagi satu umah
- Clearkn hutang bersepah..

So, cara untuk mengCLEARkan hutang bersepah ni adalah di sambung pada 2012 ni la..

InsyaALLAH klu xde aral ade la rezeki aku nnt..yg penting usaha untuk KAYA yer kengkawan.. CAHIYOOKKKK...

sebelum tu kita dengar lagu ni jap..SYAHDU....


http://www.youtube.com/watch?v=OPm9YwgAFX4

Tuesday, 6 December 2011

Ombak Rindu

Sedey menyedihkan teramat sedeh....uuuaaarrrgghhh....


Itu lah ungkapan utk movie yg bertajuk OMBAK RINDU tu...


Last week (3.12.11) pegi KLCC ngn my luvely sweet hubby bw anak seorang si IQBAL MUQRIZ tu... sibuk je nk ikut..nk meromantik pon susah... hik3... jam 9.50mlm start citer smpai kol 12malam asyik nangis jer tgk citer tu..terbawa2 smpai 2hari sedihnyer..dgr lagu HAFIZ n DHIRA tu pon sedeh sgt...susah tul klu menjiwai watak sgt ni kan... sinopsis je la citer sbb tgk real LAGI BEST!!!! (cm iklan MY Vi) plak...hahahaha


~ Merupakan kisah Izzah yang merupakan seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya?~
Setelah selesai menonton, ct rase ade lari2 la ckit dari citer asal dari NOVEL at umah tu...tapi best sgt walaupun ade perbezaan dari novel tak bayk..5 STAR give to u la....

OMBAK%2BRINDU SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN


LAYANZZZ>......
LIRIK>>>>>>>
Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Friday, 14 October 2011

Atkins Diet


Atkins Nutritional Approach / Atkins Diet
*************************************

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.
Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:



1. Induction (permulaan dan pengenalan)  2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.

Wednesday, 12 October 2011

mencari rezeki utk permudahkan kehidupan

Bismillah...

lama rasenyer tak update blog "sweet luv wit pleasure" ni...
tu sebab mencari rezeki yang tak putus ALLAH taala beri kepada hambanya..cume hamba mu ini ya ALLAH sedang mencari-cari rezeki untuk membesarkan anak2 n untuk kesenangan diri di hari tua nanti...

InsyaALLAH, segala yang di rancang, sedang di usahakan akan mendatangkan hasil yang setimpal dengan usaha yang dikerah serta kederat 4kerat eh... 8kerat la sbb aku n cik hubby kira 2org la kan...

Bussiness tak selalunya indah dan tetap ada risko cuma pandai dengan tidak saje utk menempuh rintangan itu..kadang2 pedih n terguris juga hati (aiissshhh..keluar ayat jiwang la plak) klu ader yg tipu menipu ni di dalam bussiness..tapi aku tetap berpegang pada ajaran ISLAM dimana jika itu rezeki kita, kita akan dapat jua lambat atau cepat..sabor je le ek..