Tuesday 6 December 2011

Ombak Rindu

Sedey menyedihkan teramat sedeh....uuuaaarrrgghhh....


Itu lah ungkapan utk movie yg bertajuk OMBAK RINDU tu...


Last week (3.12.11) pegi KLCC ngn my luvely sweet hubby bw anak seorang si IQBAL MUQRIZ tu... sibuk je nk ikut..nk meromantik pon susah... hik3... jam 9.50mlm start citer smpai kol 12malam asyik nangis jer tgk citer tu..terbawa2 smpai 2hari sedihnyer..dgr lagu HAFIZ n DHIRA tu pon sedeh sgt...susah tul klu menjiwai watak sgt ni kan... sinopsis je la citer sbb tgk real LAGI BEST!!!! (cm iklan MY Vi) plak...hahahaha


~ Merupakan kisah Izzah yang merupakan seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya?~
Setelah selesai menonton, ct rase ade lari2 la ckit dari citer asal dari NOVEL at umah tu...tapi best sgt walaupun ade perbezaan dari novel tak bayk..5 STAR give to u la....

OMBAK%2BRINDU SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN


LAYANZZZ>......
LIRIK>>>>>>>
Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku