Friday 5 August 2016

2 tahun BLOG BERSAWANG!!!!!!

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim....

2 tahun blog bersawang...
tak de ape nk tulis sbb kesesakan hati yg terluka & terguris..
berdarah tapi tak nampak..
Luka di hati ALLAH je yang tahu..

16 tahun bercinta...
12 tahun hidup bersama..
Akhirnya... aku ditinggalkan kerana perempuan itu..
Betul kata pepatah Kalau jodoh tak kemana..
Dah klu xd jodoh putus ditengah jalan..
Redha itu ujian & dugaan hidup aku..
Ujian & dugaan org lain, lain plak caranya..
Allah maha mengetahui segala yg ada di langit & di bumi..
Terima Kasih Allah kerana memberi peluang aku merasa hidup sbg seorg ISTERI..
Allah dah atur yang baik2 utk aku..
Allah lebih tahu apa yang akan berlaku masa depan..


Bila di kenang luka akan berdarah..tapi hidup mesti diteruskan..
Akan ku kuatkan jiwa & perasaan ini..
Akan ku besarkan puteri & putera2 ku..
Akan aku pastikan mereka berjaya dunia & akhirat..AMIN..




Note to self:
Hidup ni biar lasak sikit.
Jgn lembik sgt.
Jgn emosional sgt.
Jgn sampai xleh susah langsung.
Jgn sampai xleh teruji langsung.
Jgn sampai xleh diusik langsung.
Benda dunia jer sume neh.
Sumenye Allāh bg pinjam aje.
Xde yg hak mutlak kite.


Wednesday 20 November 2013

26 weeks pregnancy !!!!

Tis weeks, masuk n genaplah 26 weeks pregnancy... kengkadang rasa teruja sebab kandungan kali ni, setakat ni Alhamdulillah sihat..  Al-maklum lah sebelum ni, dh 2 kali keguguran.. (xd rezeki kot)...

Ikot2 kn masa due date bersalin nanti masuk 7tahun tak deliver baby... keterujaan tu ala2 macam nk bersalin sulung plak.. 

Suka pulak nengok video baby dlm perut mcm ni >>>>



Start laa ni, dh list down ape yg wajib di beli dulu.. next month baru la start list ape yg kena beli..haaaaa...lain tuuuuuu.....

Next entry, nk list down perkara yg wajib di beli ok....




Friday 7 June 2013

Acar Buah Bonda

 Entry ni utk sesiapa yg nak berniaga n meniaga n dapat side income .. (boleh meh...entry gini) hahaha..
ini adalah ACAR BUAH BONDA produk >>>

 "acar buah bonda" borong 15 kg siap!!!!

Harga : 200gm = RM6

1kg = RM30
15kg = RM350

Ada 3 Cara untuk menjadi Pengedar,Pemborong n Dropship... Cara2 nya adalah :


1. dropship n by komisyen - 10% (1-14 tong) >> 15% (15 tong ke atas) 
2. amik borong 15kg n pack semula - harga max rm6-7/bekas..
3. dh siap pack, jualkn n amik komisyen-rm1/bekas
MUDAH KAN ????? JOM.. APE TUNGGU LAGI.. Call cepat 019-9665540

sedap nya..buahnya sebiji2 tanpa potong

Friday 4 January 2013

Cuti-cuti Malaysia

           Cuti sekolah kali ni penghujung tahun 2012, kami anak beranak bercuti ke rumah My Sista In Luv at Banting Selangor.. Entry ni out of date la kiranya..hik3.. Sbb dh masuk tahun baru 2013.. Hepi New Years 2013..
       
          Citer musim cuti ni, my sporting abg ipar botak chin sudah berkira2 utk "belanja" kami Pakej School Holiday at Banting, Selangor... haaaa.. bunyi menarik kan?? Jom nengok ape yg kami buat sepanjang percutian kami tu.. on your map, get set.... GO!!!!!

Day 1 aktiviti - Makan2 + Shopping High Heels.. kes xsedar diri tu tinngi..nak jugak..muahahahaha
pastu nengok wayang at Bukit Tinggi Klang.. tgk citer Rise Of The Guardians..
muka anak2 yg seronok tgk cite at blkg tu..

Day 2 aktiviti - Teruskan dengan nengok wayang kali ke-2 di sponsor oleh Dato' Hairul a.k.a botak chin bertempat di GSC Gold Class Mid Valley kali ni tgk movie Life Of PI... sangat best..sambil tgk movie sambil baring at sofa empuk ditemani comforter yang lembut..hahhahaa... Tq Dato' Hairul Hadafi ek.
mata nk tido la plak
Lepas nengok wayang, kami makan2 JJCM lagi ke Restoran Zam Zam Arabic Restaurant, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G9/G, Seksyen 9, 40100 Shah Alam... Kat sini kami makan Nasi Arab Big Plate...memang marvelous sedapnya...

Pemandangan Hari Siang...

Ini pulak pada malam hari....

errmmm..Yummy..makanan dh tersedia utk dimakan

Suasana dalam kedai..xclusive perabot dia weh...

Nasi Arab + Kambing + Salad

aku amik cikit je sbb byk lagi nk makan..mmg TEEERRRBAAIEEKKK...

ape tah nama dia..dh lupe hahhaha

daging kebab sangat best..terasa sehingga ke tekak..muahahhaa

Selesai makan, kami pon balik utk hari yg ke-2..walaupon penat tp sgt best sbb dpt makan org banjer..hik3..

Day 3 aktiviti - Sambung nengok wayang at www.setiacitymall.com org panggil Setia Alam..

ini dia bagunan Mall nyer

Welcome to Setia Alam..

kat sini kami sambung tengok wayang untuk hari ke-3 nye.. tengok citer ni
anak2 la yg sgt teruja nengok..kami layankan aje....

Kuar dari wayang, kami minum2 dulu at Gong Cha www.setiacitymall.com/tenant/gong_cha.aspx 
ini dia logo n nama company..next time sila cube..mmg best

iqbal wit bro syahmie

mama vogue yg sibuk nak beratur...

muke xblh bla dr aku..hahhaa

muka gangster adik humaira

muka kakak tisya wit rambut tegak made by: bibik inah

relax jap ek..kita minum dulu..as usuall la.. green tea

Lepas minum2 dulu, botak chin a.k.a Dato Hairul + Datin Fizah bw kami g menjamu tekak yang beralaskan perut lapar ke www.bumbudesa.my Alamanda Putrajaya.. Masakan Indonesia yg sama rasa dgn masakan Melayu kita..Chill..best yooo..

Restoran dari Pandangan Luar

Kakak Tisya n Bro Syahmie tgh tggu ibu n papa amik lauk

ni tgh bosan menunggu

pandangan dalam restoran

ini lah barisan lauk pauk yg terhidang utk di pilih

cantik kan???

Itulah antara coretan n taipan yang menarik utk dikongsi bersama.. Secara keseluruhan, kami amat berterima kasih atas Pakej Percutian oleh Dato' Hairul + Datin Fizah ... ahaks... Semoga ALLAH murahkan rezeki mereka n saya supaya suatu hari nanti, kami plak yang menaja "percutian" mereka...hik3.. Thank You Acik + Abg Chik... Percutian yg sangat menarik.. ++ perut kenyang... :)










Makan Time Wit Family

    Entry kali ni, ct nk citer pasal jalan2 cari makan (JJCM) ++ berbuka puasa tahun 2012 at Octopus Sushi Bar & Thai, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju ... Nak dijadikan citer, adik aku ni nk banjer makan..gaji pertama ko..hik3  So,kami memilih utk makan sushi je anak beranak..mmg best Moment Terindah tu..Sangat terharu bila berkumpul dan makan ramai2.. Walaupun mak xminat nak makan sushi, dia ttp blh makan masakan THAI.. Let's go...vvvrrroooommmm...
memasing sabar nunggu waktu berbuka puasa

my luvly sista wit "sweet" bro in law ke??

hidangan aku n acu

best sgt2

Adik + Acu

Acik + Abg Chik botak chin

Iqbal muqriz yg dengki ngn aunty ida

Ma + Acik

Wow..

Lom ape2 air Tisya dh abis..dahaga kot puasa

Selera gak ma makan

Tester makanan kot..hahahha

Moral Of this story, sila la makan at sini..sangat best n puas hati.. cuma klu kurang budget susah cikit la.. harga makanan standard kot..hahaha

Friday 27 July 2012

ALLAH BAYAR CASH BRO!!!!

Assalammualaikum my friends...

Entry kali ni betul2 sentap jiwa kan???? sbb sy sedang memeriksa hati sendiri samada ingin bersenang hati ke tak.. tp sy tetap bersyukur segala kejadian ALLAH pada kita umat manusia..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Kisahnya begini..satu hari (dlm tempoh xsampai sebulan dari tarikh hari ini), ade sorang mamat tu kutuk fizikal sy at my sweet hubby..katanya "din, klu bini ko letak kaki atas bdn ko je, pon dh senak...hahahaha"... my sweet hubby yg comey fizikalnya ini pon hanya tersenyum n berkata "tak pe..janji aku sayang bini aku"....

Balik rumah dr keje, my sweet hubby terus cerita..sy dengan geram hati terasa sgt dgn hinaan itu...tapi dia kata at sy "sabarlah sayang..biarkan je org mcm tu..xpayah layan"...sy diamkan aje walaupon hati sangat membara dan tersimpan perasaan malu.. (thun lps dh turunkan berat bdn n kurangkn weight..pastu pregnant---gugur pulak..suami kata biar je la..nnt klu pregnant lagi lps bersalin pantang n turunkn berat semula)...itu sebab biarkan aje badan cm ni..

Bila bercerita dia akan memuji bini dia body solid tambahan lagi bininya ade kedai jamu..jadi mmg la isteri dia tu berbadan cantik..(aku pon boleh buat ape...aku pon ade spa jugak...malas je lagi nk kurus)..

Pastu nk dijadikan cerita, bini bro ni minta cerai at dia sbb katanya hidup tak bahagia..makan hasil bini (sbb dia ade kedai jamu)...dah tu menangis2 cerita n meluahkan perasaan at my sweet hubby tu..

Moral of this story mory, jangan lah menghina kejadian ALLAH.. Lagi satu, kita Suami n isteri dlm rumah tangga ni kena bertolak ansur..klu hari ini suami xcukup duit kita hulur..dia ade duit, dia takkan kedekut nk hulur pulak..Banyakkan masa bersama keluarga INSYAALLAH keluarga kita bahagia...



TIPS KELUARGA BAHAGIA:
  1. Selalulah berdoa dan bermohon kepada Allah, segala-segala yang kita hajatkan SETIAP HARI, kerana hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap dan meletakkan segala2nya. HambaNya yang rajin meminta-minta dariNya akan selalu diredhai Allah. Juga selain berdoa, perlulah berusaha ke arah kebaikan. 
  2. Kesabaran adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Pasangan yang sentiasa bersabar di atas segala ujian yang diturunkan oleh Allah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kesabarannya itu. Tidak semua manusia sempurna, jadi, terimalah seadanya kekurangan dan kelemahan pasangan kita kerana kekurangan dan kekuatannya adalah pelengkap kepada kekurangan dan kekuatan kita.
  3. Bertolak ansur atas semua hal, terutamanya hal yang melibatkan rumahtangga juga hati dan perasaan pasangan masing-masing. Dengan bertolak ansur, setiap pekerjaan dan masalah akan menjadi mudah.
  4. Solat 5 waktu sehari semalam jangan sesekali ditinggalkan kerana itu adalah tiang agama, melambangkan keteguhan iman dan takwa. Suami haruslah memimpin keluarganya ke jalan yang diredhai Allah dan isteri pula bertindak sebagai pendamping, penasihat dan pelengkap ketua keluarga untuk melayari kehidupan berkeluarga ini.
  5. Sentiasa menjaga hati pasangan tetapi haruslah dalam keadaan jujur. Jujur sangat penting dalam memanjangkan hubungan yang bahagia.
Selamat beramal :)

Thursday 19 July 2012

Kekal Cantik & Kekal Dara

Assalammualaikum fwends..

Melihat tajuk entry kali ni memang extremm kan??? ahahhaa..

Actually, ct terbaca satu tips kekal dara yg boleh di amalkan oleh ISTERI2 dan IBU2 dirumah.. Tips mengikut ajaran dan amalan ISLAM... jom tengok.. jangan sekadar tengok jer..sila2 la amalkan....


Kita tengok latest feeds ni.. check it ooouuuuutttttt.....





ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA (PETUA DARI  Dr. Fatimah Az-Zahra) 

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca:

1) Al-Fatihah 1x,
2) Ayatul Qursi 1x,
3) Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. (ayat ada disediakan di bawah ye)
4) Tiup dalam air dan minum.
5) Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri semoga ada manafaatnya.