Friday 27 July 2012

ALLAH BAYAR CASH BRO!!!!

Assalammualaikum my friends...

Entry kali ni betul2 sentap jiwa kan???? sbb sy sedang memeriksa hati sendiri samada ingin bersenang hati ke tak.. tp sy tetap bersyukur segala kejadian ALLAH pada kita umat manusia..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Kisahnya begini..satu hari (dlm tempoh xsampai sebulan dari tarikh hari ini), ade sorang mamat tu kutuk fizikal sy at my sweet hubby..katanya "din, klu bini ko letak kaki atas bdn ko je, pon dh senak...hahahaha"... my sweet hubby yg comey fizikalnya ini pon hanya tersenyum n berkata "tak pe..janji aku sayang bini aku"....

Balik rumah dr keje, my sweet hubby terus cerita..sy dengan geram hati terasa sgt dgn hinaan itu...tapi dia kata at sy "sabarlah sayang..biarkan je org mcm tu..xpayah layan"...sy diamkan aje walaupon hati sangat membara dan tersimpan perasaan malu.. (thun lps dh turunkan berat bdn n kurangkn weight..pastu pregnant---gugur pulak..suami kata biar je la..nnt klu pregnant lagi lps bersalin pantang n turunkn berat semula)...itu sebab biarkan aje badan cm ni..

Bila bercerita dia akan memuji bini dia body solid tambahan lagi bininya ade kedai jamu..jadi mmg la isteri dia tu berbadan cantik..(aku pon boleh buat ape...aku pon ade spa jugak...malas je lagi nk kurus)..

Pastu nk dijadikan cerita, bini bro ni minta cerai at dia sbb katanya hidup tak bahagia..makan hasil bini (sbb dia ade kedai jamu)...dah tu menangis2 cerita n meluahkan perasaan at my sweet hubby tu..

Moral of this story mory, jangan lah menghina kejadian ALLAH.. Lagi satu, kita Suami n isteri dlm rumah tangga ni kena bertolak ansur..klu hari ini suami xcukup duit kita hulur..dia ade duit, dia takkan kedekut nk hulur pulak..Banyakkan masa bersama keluarga INSYAALLAH keluarga kita bahagia...



TIPS KELUARGA BAHAGIA:
  1. Selalulah berdoa dan bermohon kepada Allah, segala-segala yang kita hajatkan SETIAP HARI, kerana hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap dan meletakkan segala2nya. HambaNya yang rajin meminta-minta dariNya akan selalu diredhai Allah. Juga selain berdoa, perlulah berusaha ke arah kebaikan. 
  2. Kesabaran adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Pasangan yang sentiasa bersabar di atas segala ujian yang diturunkan oleh Allah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kesabarannya itu. Tidak semua manusia sempurna, jadi, terimalah seadanya kekurangan dan kelemahan pasangan kita kerana kekurangan dan kekuatannya adalah pelengkap kepada kekurangan dan kekuatan kita.
  3. Bertolak ansur atas semua hal, terutamanya hal yang melibatkan rumahtangga juga hati dan perasaan pasangan masing-masing. Dengan bertolak ansur, setiap pekerjaan dan masalah akan menjadi mudah.
  4. Solat 5 waktu sehari semalam jangan sesekali ditinggalkan kerana itu adalah tiang agama, melambangkan keteguhan iman dan takwa. Suami haruslah memimpin keluarganya ke jalan yang diredhai Allah dan isteri pula bertindak sebagai pendamping, penasihat dan pelengkap ketua keluarga untuk melayari kehidupan berkeluarga ini.
  5. Sentiasa menjaga hati pasangan tetapi haruslah dalam keadaan jujur. Jujur sangat penting dalam memanjangkan hubungan yang bahagia.
Selamat beramal :)

Thursday 19 July 2012

Kekal Cantik & Kekal Dara

Assalammualaikum fwends..

Melihat tajuk entry kali ni memang extremm kan??? ahahhaa..

Actually, ct terbaca satu tips kekal dara yg boleh di amalkan oleh ISTERI2 dan IBU2 dirumah.. Tips mengikut ajaran dan amalan ISLAM... jom tengok.. jangan sekadar tengok jer..sila2 la amalkan....


Kita tengok latest feeds ni.. check it ooouuuuutttttt.....





ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA (PETUA DARI  Dr. Fatimah Az-Zahra) 

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca:

1) Al-Fatihah 1x,
2) Ayatul Qursi 1x,
3) Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. (ayat ada disediakan di bawah ye)
4) Tiup dalam air dan minum.
5) Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri semoga ada manafaatnya.


Monday 16 July 2012

Tips Mengeratkan Kasih Suami Isteri


1. Memberi hadiah. Bukan Mahalnya harga sebuah pemberian tersebut tapi RASA KASIH sayang kitalah yg MELEBIHKAN NILAInya.

 2. Mengkhususkan waktu untuk duduk bersama..Jangan sampai antara suami isteri sibuk dengan urusan masing-masing dan tidak ada waktu untuk duduk bersama. Yang menjadi penyebabnya, kerana dia sibuk menghabiskan waktunya untuk pelbagai pekerjaan yang berhubungan dengan pelajaran dan lainnya, sehingga meninggalkan isteri dan anak-anaknya dalam waktu lama.

 3. Menampakkan wajah yang ceria. Di antara cara untuk mempererat cinta kasih, hendaklah menampakkan wajah yang ceria. Ungkapan dengan bahasa wajah, mempunyai pengaruh yang besar dalam kegembiraan dan kesedihan seseorang. Seorang isteri akan senang jika suaminya berwajah ceria, tidak cemberut.

4. Memberikan penghormatan dengan hangat kepada pasangannya, baik ketika hendak pergi keluar rumah ataupun ketika pulang. Penghormatan itu hendaklah dilakukan dengan mesra. Dalam beberapa hadis diriwayatkan, ketika hendak pergi solat, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam mencium isterinya tanpa berwudhu lagi dan terus solat. Ini menunjukkan, bahawa mencium isteri dapat mempererat hubungan antara suami isteri, meluluhkan kebekuan ataupun kekakuan antara suami isteri.

 5. Hendaklah memuji pasangannya. Di antara keperluan manusia adalah keinginan untuk di puji- dalam batas- yang wajar. Dalam masalah pujian ini, para ulama telah menjelaskan, bahawa pujian diperbolehkan atau bahkan dianjurkan dengan syarat-syarat: untuk memberikan motivasi, pujian itu diungkapkan dengan jujur dan ikhlas, dan pujian itu tidak menyebabkan orang yang dipuji menjadi sombong atau lupa diri.

 6. Bersama-sama melakukan tugas yang ringan. Di antara kesalahan sebahagian suami ialah, mereka menolak untuk melakukan sebahagian tugas di rumah. Mereka mempunyai anggapan, jika melakukan tugas di rumah, bererti merendahkan kedudukannya, menurunkan atau menjatuhkan kewibawaannya di hadapan isteri. Pendapat ini tidak benar.

 7. Perlu berekreasi berdua tanpa membawa anak. Rutin pekerjaan suami di luar rumah dan pekerjaan isteri di rumah membuat suasana menjadi keruh. Sekali-kali diperlukan suasana lain dengan cara pergi berdua tanpa membawa anak. Hal ini sangat penting, kerana dapat memperbaharui cinta suami isteri. Kita mempunyai anak, lantas bagaimana caranya? Ini memang sebuah problem. Kita cari solusinya, jangan menyerah begitu saja. Bukan bererti setelah mempunyai anak banyak tidak boleh pergi berdua.

 8. Perlu adanya keterbukaan. Keterbukaan antara suami dan isteri sangat penting. Di antara problem yang timbul di keluarga, lantaran antara suami dan isteri masing-masing menutup diri, tidak terbuka menyampaikan ‘problem’nya kepada pasangannya. Yang akhirnya kian menumpuk, sampai akhirnya meledak.

Thursday 12 July 2012

Fried Squid With Dried Chili


Sila cuba RESEPI ini... :)



-sotong tu potong besau2 ckit..klu besar potong 6 klu kecik potong 4..


-kelar2 isi sotong..masak lebih kurang5min atas api tanpa air(nnt air sotong tu ada n toskn)..


-utk bahan sos, tumis cili kering (dipotong), bawang merah potong besar, bwg putih pecahkan je..,halia dihiris2 nipis sekeping2.


-bila dah garing, masukkan sos tiram, sos pekat, sos cair, sedikit garam n gula (semuanya secukup cantik mata memandang n rasa ye)...hehhehee


-klu nak sedap tambah sedikit sos lea&perins (klu ada at umah la)..


-bancuh tepung jagung + air rebusan sotong td.. lebur dlm kuali ye...


-masak/tumis dgn api yg kecil supaya tidak hangus...


-masukkan dlm mangkuk n utk hiasan, taburkan daun bawang..



SELAMAT MENCUBA UNTUK RESEPI BERBUKA PUASA.. 

Wednesday 7 March 2012

sweet love wit pleasure: Home made coklat hantaran

sweet love wit pleasure: Home made coklat hantaran

Home made coklat hantaran

hi  ollszzz...

entri ni sambungan e-day my SIL tu.. gubahan hantaran termasuk homemade coklat..

sebekas coklat cube

sebekas coklat tulisan xsiap lagi

sebekas coklat dh siap

sebekas coklat bentuk ikan berenang

semua gubahan telah di satukan dalam satu raga.>>>>hasilnya :
seraga coklat..best tak..hik3

Bunga tisu, Mini Pelamin DIY

Hi peeps..

Untuk majlis pertunangan adik ipar aku ni, aku sponsor mini pelamin. Gubahan hantaran, dia beli yang perlu je..yg lain aku guna duit aku untuk sponsor yer..tgk2 n tinjau2 xtivity aku kali ni tau...yuk...bunga tisu senang untuk dibuat,cantik n simple..utk e-day my SIL sy buat n gubah sendiri tau..hasilnya>>>

bunga tisu size M

bunga tisu size L

bunga tisu untuk letak at tirai mini pelamin

bunga tisu untuk letak at mini pelamin

haaa...cm ner?? cantik tak??? lepas tu, sy n my sis wani siapkan mini pelamin yer..bertungkus lumus menyiapkan segala kelengkapan untuk majlis pertunangan adik ipar aku plak yg terlebih excited ...cm aku jer nk tunang ek.. wakakakaka...

tengah pasang tirai

my lovely wani & ma

hampir siap

perasmi amik gambar la plak

cantik tak pelamin tu?? DIY tau

kumpulan berzanji mak metua aku

sonok pelamin dh siap..kejap je

inilah hasilnya

ok tak??

DIY hantaran juga

ok la tu kan??


haaa...ok tak?? simple dan cantik kan?? boleh la..buat sendiri jer.. kos untuk pelamin adalah :

TIRAI : READY ADA - FREE
BUNGA ATAS PELAMIN: RM60
LAMPU KELIP2 n PENTAS KECIL : RM50
ALAS BULU-BULU TU : RM50
BUNGA TISU : TISU IKEA RM24

TOTAL HANYA : RM184 SHJ YE.. so, sila2 la buat sendiri tau..klu sewa mini pelamin dalam rm350..at sini dah jimat separuh dari harga sewa..yg best nye, bakal MIL adik ipar suka sgt at bunga tu..sampai minta nk bawa balik..so, aku dengan murah hati bagi je la dia buat kenangan..sepasu aku bg bakal MIL dia tu..jadilah se creatif yg mungkin untuk jimat belanja tunang yer.. 

ok..klu nk tgk lg byk gmbar, g at fb siti khaiza ye..





Thursday 1 March 2012

sweet love wit pleasure: KeJaYaaN n MuRah ReZeKi (I'm A Money Magnet)

sweet love wit pleasure: KeJaYaaN n MuRah ReZeKi (I'm A Money Magnet): ...bangun pagi dimulai dengan doa bangun tidur... alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur Artinya : Segala puji ba...

"MENANG BESAR"

Kisah menarik ini untuk di kongsi bersama readers n rakan2 ++  family..

kisah aku "berkursus" di APBM Batu Gajah Perak itu membawa seribu satu makna dalam group kami..bermula dari penubuhan secara rawak untuk dibahagikan kepada kumpulan2, kami Pengurus MID seluruh Malaysia telah di agihkan kepada 7kumpulan..

MID SELURUH MALAYSIA

Kumpulan kami ade 6orang ahli iaitu :-
RUZAINI
KAMALRUL
WAWA
CT
FIZA
LYNA ARIF

Nak dijadikan cerita, semasa penubuhan group, kami tiada idea untuk memberi nama kumpulan sehingga la salah sorang dari kami cakap.."semangat2 betul badan ahli kumpulan kita ek".. ketawa kami terus letak nama kumpulan "SEMANGAT JITU ENTERPRISE"..

SME - sila tengok kami..muahahaha

Sepanjang kursus kami diajar tentang RP n akhirnya kami di minta membuat pembentangan untuk projek paper tersebut..(credit to : fiza, wawa & lyna) kerana bertungkus lumus menyiapkan slaid n penambahan kepada bahan untuk membuat presentation akhir tersebut sehingga ke jam 3PAGI wallaweh..chaiyok.. (cayunk kamu semua)..

pastu akhir citer, kami menang sebagai salah satu dr 7 kumpulan bertanding..

yeeeehaaaa...USAHA LIFT KEJAYAAN

graduate - hari terakhir

Persiapan 03.03.2012 (e-Day)

Hi Readers,

tgk tajuk entry tu, pelik n bercampur baur tak perasaan??? wakakaka.. harusla ek..dgn keadaan aku yg dh beranak pinak ni ++ encik suami yg sgt "baik hati" baik ke?? tetibe tulis Preparation for e-Day...

Actually, my adik ipar (roziyana) yg akan melansungkan pertunangan pada 03.03.2012 ni..so, sesi bersoal jawab bermula >>>>>

aku : "atih, majlis ko ni nk wt cm ner"
SIL : "entah..budget tak besar ni..igt make up ala kadar pastu kita sarung cincin jer..tp tak nak la dlm bilik..nnt ramai nk amik gmbar..sesak napas.."..
aku : "ok..(cm bese idea-idea bernas terus muncul)..klu nk buat sarung cincin at luar kita buat mini pelamin untuk tunang..>>hati berkata-kata, klu nk sewa mahal tuuu...so, idea buat sendiri pelamin tu..hantaran pon buat sendiri utk jimatkan kos yer...
SIL : "ok..kita ikut jer mana yg terbaik.."..

sejak pada tu, aku bertungkus lumus memprepare kan diri utk majlis tu..kelakar tetiba nk jadi e-Day org nyer planner..ikuti kisah seterusnya..


step 1 : beli perkakasan buat bunga untuk mini pelamin nnt..perjalanan di teruskan ke IKEA mencari tisu IKEA untuk buat bunga yg lawa2..hik3.. puji diri sendiri la tu
step 2 : prepare kain langsir utk mini pelamin..
step 3 : pada 02.03.2012 malam akan di pasang langsir tersebut..

nnt ct bg u allz readers tutorial buat bunga n mini pelamin yer

chow dulu...wakakaka...

Monday 27 February 2012

sweet love wit pleasure: Ketenangan Jiwa

sweet love wit pleasure: Ketenangan Jiwa

Ketenangan Jiwa

Jarum jam dah kol3 pagi..tp mata still xdpt nk lelap..I'm really missing my family jauh at pahang tu..jauh di batu gajah perak ni selama 5hari ni(jumaat-selasa)24-28.2.2012. My lil princess batrisya n my hero iqbal also MY LUV (of course la)hehehe n my few fwens.. Uhukhuk :(

Tapi sepanjang berkursus ni ok la..dpt byk idea n pengalaman yg paling berharga dlm hidup..kami diajar untuk menyediakan RP - rancangan perniagaan yg lengkap untuk perniagaan kami. Pegawai APBM - akedemi pembangunan belia malaysia pon best.. Credit to APBM...

Lps ni balik opis, kena semak semula document yg penting2 la..yg daily work n of course buss yg sedang meningkat naik.semoga ALLAH memudahkan perjalanan hidup n perniagaan ku..

To all my fwend, thank u very much 4 all support given by u alls..to my family, thanks ya..specially MY luvly hubby yg sentiasa menyokong segala usaha murni yg aku lakukan untuk memajukan diri sendiri n family..ur are the most great man that i ever meet..LUV U ALLz..

Friday 24 February 2012

KeJaYaaN n MuRah ReZeKi (I'm A Money Magnet)

...bangun pagi dimulai dengan doa bangun tidur...

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
Keterangan :
Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :
عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ
Artinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

..terus capai towel n ke bilik mandi..lps mandi amik air sembahyang terus solat subuh..lepas solat subuh... set dlm hati n minda..

I'M A MONEY MAGNET

I'M A MONEY MAGNET


I'M A MONEY MAGNET


I'M A MONEY MAGNET

I'M A MONEY MAGNET

sekerap yg mungkin.. insyaALLAH..ALLAH bantu dlm apa jua yg kita lakukan untuk mencari rezeki darinya...

"sama-sama berkongsi ilmu"..

thank n credit to Mr. Dr. Azizan Osman (teknik yg dipelajari 5thn yg lalu)




Tuesday 21 February 2012

...sUnYi SePi..MeNyEpI....

Dah lama rasenya tak update blog.. rasenya sbb limpahan kerja yg banyak kot..(untuk mencari rezeki yg diredhai n ALLAH untuk anak2 - tisya,iqbal,syahmi,umairah,aina,along,darwish,irfan.. waaa...ramai ni...hik3..)
Minta ALLAH permudahkan segala usaha jerih perih n keringat yg keluar utk FAMILY... ~aik..ape yg merepek ni???~

Lama tak update blog sebab :-
Projek PC Maintainance 8.1.12-15.1.12 - lama tuuuu
Program Amal cth : Derma Darah, Beauty Workshop
Jenjalan bawa acu sikin n anak2 serta suami tersayang ke COLMAR TROPICALE..wahahaha SYOK LOL..
++ kelas untuk SEM JAN 2012..
Bengkel.. serta Kursus..

waaa...kalau dihitung betapa busy nye saya..hehehe
the most important things is CARI DUIT...
I'M A MONEY MAGNET!!!!!

Friday 20 January 2012

Program "Wanita Anggun Bergaya"

Wahai wanita yang berada di seluruh Dunia  Bentong...ekekeke

Mari2 ... Rapat2...!!!!!


Program "Wanita anggun bergaya"

Tarikh : 4.2.2011 (sabtu)
Masa : 10pg - 1pm
Tempat : MID Kg. Shafie, Bentong, Pahang
Yuran : RM30 harga promosi. (harga asal rm50)

Agenda :
-Tutorial solekan oleh pakar perunding tatarias wajah & gaya
-Rahsia Awet muda
‎-Petua aura seri diri
-Tutorial susun lemak

-Slim are women dream





Sila bagi details untuk pendaftaran yer.. 1st come 1st serve..
(0199665540 - Liza)




sssyyyhhhh... pamplets iklan tu...



Friday 13 January 2012

KEMPEN DERMA DARAH

Satu kempen derma darah akan diadakan anjuran saya sendiri dengan 
menggunakan nama company...boleh kan???hahahha... DATANG BERAMAI2 MENDERMA DARAH ye...
Medan Infodesa Kg. Shafie dengan kerjasama Puteri UMNO bahagian Bentong akan mengadakan Program pemeriksaan kesihatan percuma (mobile clinic) dan KEMPEN DERMA DARAH akan diadakan pada :

tarikh : 15.1.2012 (ahad)
masa : 8.30pagi mula sehingga jam 3ptg.
tenpat : Dataran Simpang Pelangai, Bentong Pahang

Di jemput semua hadir untuk menyokong Pusat Tabung Darah Negara untuk manambah jumlah tabung darah dan merekrut lebih ramai penderma darah.



Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun. Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga. Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan.Sila rujkuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
·         Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
·         Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
·         Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
 ·         Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
·         Mengambil dadah secara suntikan
·         Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
  ·         Tidak mengandung.
 ·         Tidak datang haid.
·         Tidak menyusukan anak.
11.Jangan menderma darah jika anda:
  ·         Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
·         Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.


Friday 6 January 2012

January 2012

Assalammualaikum sumer...

2012 dah datang ni..AZAM baru tahun baru cm ner???

AZAM lama tu cm ner?? dh tercapai ker??

citer pasal azam lama ni, ader yang tak tercapai lagi dek tangan aku ni..antaranya ialah:

- Memiliki lagi satu umah
- Clearkn hutang bersepah..

So, cara untuk mengCLEARkan hutang bersepah ni adalah di sambung pada 2012 ni la..

InsyaALLAH klu xde aral ade la rezeki aku nnt..yg penting usaha untuk KAYA yer kengkawan.. CAHIYOOKKKK...

sebelum tu kita dengar lagu ni jap..SYAHDU....


http://www.youtube.com/watch?v=OPm9YwgAFX4