Friday 27 July 2012

ALLAH BAYAR CASH BRO!!!!

Assalammualaikum my friends...

Entry kali ni betul2 sentap jiwa kan???? sbb sy sedang memeriksa hati sendiri samada ingin bersenang hati ke tak.. tp sy tetap bersyukur segala kejadian ALLAH pada kita umat manusia..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Kisahnya begini..satu hari (dlm tempoh xsampai sebulan dari tarikh hari ini), ade sorang mamat tu kutuk fizikal sy at my sweet hubby..katanya "din, klu bini ko letak kaki atas bdn ko je, pon dh senak...hahahaha"... my sweet hubby yg comey fizikalnya ini pon hanya tersenyum n berkata "tak pe..janji aku sayang bini aku"....

Balik rumah dr keje, my sweet hubby terus cerita..sy dengan geram hati terasa sgt dgn hinaan itu...tapi dia kata at sy "sabarlah sayang..biarkan je org mcm tu..xpayah layan"...sy diamkan aje walaupon hati sangat membara dan tersimpan perasaan malu.. (thun lps dh turunkan berat bdn n kurangkn weight..pastu pregnant---gugur pulak..suami kata biar je la..nnt klu pregnant lagi lps bersalin pantang n turunkn berat semula)...itu sebab biarkan aje badan cm ni..

Bila bercerita dia akan memuji bini dia body solid tambahan lagi bininya ade kedai jamu..jadi mmg la isteri dia tu berbadan cantik..(aku pon boleh buat ape...aku pon ade spa jugak...malas je lagi nk kurus)..

Pastu nk dijadikan cerita, bini bro ni minta cerai at dia sbb katanya hidup tak bahagia..makan hasil bini (sbb dia ade kedai jamu)...dah tu menangis2 cerita n meluahkan perasaan at my sweet hubby tu..

Moral of this story mory, jangan lah menghina kejadian ALLAH.. Lagi satu, kita Suami n isteri dlm rumah tangga ni kena bertolak ansur..klu hari ini suami xcukup duit kita hulur..dia ade duit, dia takkan kedekut nk hulur pulak..Banyakkan masa bersama keluarga INSYAALLAH keluarga kita bahagia...



TIPS KELUARGA BAHAGIA:
  1. Selalulah berdoa dan bermohon kepada Allah, segala-segala yang kita hajatkan SETIAP HARI, kerana hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap dan meletakkan segala2nya. HambaNya yang rajin meminta-minta dariNya akan selalu diredhai Allah. Juga selain berdoa, perlulah berusaha ke arah kebaikan. 
  2. Kesabaran adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Pasangan yang sentiasa bersabar di atas segala ujian yang diturunkan oleh Allah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kesabarannya itu. Tidak semua manusia sempurna, jadi, terimalah seadanya kekurangan dan kelemahan pasangan kita kerana kekurangan dan kekuatannya adalah pelengkap kepada kekurangan dan kekuatan kita.
  3. Bertolak ansur atas semua hal, terutamanya hal yang melibatkan rumahtangga juga hati dan perasaan pasangan masing-masing. Dengan bertolak ansur, setiap pekerjaan dan masalah akan menjadi mudah.
  4. Solat 5 waktu sehari semalam jangan sesekali ditinggalkan kerana itu adalah tiang agama, melambangkan keteguhan iman dan takwa. Suami haruslah memimpin keluarganya ke jalan yang diredhai Allah dan isteri pula bertindak sebagai pendamping, penasihat dan pelengkap ketua keluarga untuk melayari kehidupan berkeluarga ini.
  5. Sentiasa menjaga hati pasangan tetapi haruslah dalam keadaan jujur. Jujur sangat penting dalam memanjangkan hubungan yang bahagia.
Selamat beramal :)

Thursday 19 July 2012

Kekal Cantik & Kekal Dara

Assalammualaikum fwends..

Melihat tajuk entry kali ni memang extremm kan??? ahahhaa..

Actually, ct terbaca satu tips kekal dara yg boleh di amalkan oleh ISTERI2 dan IBU2 dirumah.. Tips mengikut ajaran dan amalan ISLAM... jom tengok.. jangan sekadar tengok jer..sila2 la amalkan....


Kita tengok latest feeds ni.. check it ooouuuuutttttt.....





ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA (PETUA DARI  Dr. Fatimah Az-Zahra) 

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca:

1) Al-Fatihah 1x,
2) Ayatul Qursi 1x,
3) Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. (ayat ada disediakan di bawah ye)
4) Tiup dalam air dan minum.
5) Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri semoga ada manafaatnya.


Monday 16 July 2012

Tips Mengeratkan Kasih Suami Isteri


1. Memberi hadiah. Bukan Mahalnya harga sebuah pemberian tersebut tapi RASA KASIH sayang kitalah yg MELEBIHKAN NILAInya.

 2. Mengkhususkan waktu untuk duduk bersama..Jangan sampai antara suami isteri sibuk dengan urusan masing-masing dan tidak ada waktu untuk duduk bersama. Yang menjadi penyebabnya, kerana dia sibuk menghabiskan waktunya untuk pelbagai pekerjaan yang berhubungan dengan pelajaran dan lainnya, sehingga meninggalkan isteri dan anak-anaknya dalam waktu lama.

 3. Menampakkan wajah yang ceria. Di antara cara untuk mempererat cinta kasih, hendaklah menampakkan wajah yang ceria. Ungkapan dengan bahasa wajah, mempunyai pengaruh yang besar dalam kegembiraan dan kesedihan seseorang. Seorang isteri akan senang jika suaminya berwajah ceria, tidak cemberut.

4. Memberikan penghormatan dengan hangat kepada pasangannya, baik ketika hendak pergi keluar rumah ataupun ketika pulang. Penghormatan itu hendaklah dilakukan dengan mesra. Dalam beberapa hadis diriwayatkan, ketika hendak pergi solat, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam mencium isterinya tanpa berwudhu lagi dan terus solat. Ini menunjukkan, bahawa mencium isteri dapat mempererat hubungan antara suami isteri, meluluhkan kebekuan ataupun kekakuan antara suami isteri.

 5. Hendaklah memuji pasangannya. Di antara keperluan manusia adalah keinginan untuk di puji- dalam batas- yang wajar. Dalam masalah pujian ini, para ulama telah menjelaskan, bahawa pujian diperbolehkan atau bahkan dianjurkan dengan syarat-syarat: untuk memberikan motivasi, pujian itu diungkapkan dengan jujur dan ikhlas, dan pujian itu tidak menyebabkan orang yang dipuji menjadi sombong atau lupa diri.

 6. Bersama-sama melakukan tugas yang ringan. Di antara kesalahan sebahagian suami ialah, mereka menolak untuk melakukan sebahagian tugas di rumah. Mereka mempunyai anggapan, jika melakukan tugas di rumah, bererti merendahkan kedudukannya, menurunkan atau menjatuhkan kewibawaannya di hadapan isteri. Pendapat ini tidak benar.

 7. Perlu berekreasi berdua tanpa membawa anak. Rutin pekerjaan suami di luar rumah dan pekerjaan isteri di rumah membuat suasana menjadi keruh. Sekali-kali diperlukan suasana lain dengan cara pergi berdua tanpa membawa anak. Hal ini sangat penting, kerana dapat memperbaharui cinta suami isteri. Kita mempunyai anak, lantas bagaimana caranya? Ini memang sebuah problem. Kita cari solusinya, jangan menyerah begitu saja. Bukan bererti setelah mempunyai anak banyak tidak boleh pergi berdua.

 8. Perlu adanya keterbukaan. Keterbukaan antara suami dan isteri sangat penting. Di antara problem yang timbul di keluarga, lantaran antara suami dan isteri masing-masing menutup diri, tidak terbuka menyampaikan ‘problem’nya kepada pasangannya. Yang akhirnya kian menumpuk, sampai akhirnya meledak.

Thursday 12 July 2012

Fried Squid With Dried Chili


Sila cuba RESEPI ini... :)



-sotong tu potong besau2 ckit..klu besar potong 6 klu kecik potong 4..


-kelar2 isi sotong..masak lebih kurang5min atas api tanpa air(nnt air sotong tu ada n toskn)..


-utk bahan sos, tumis cili kering (dipotong), bawang merah potong besar, bwg putih pecahkan je..,halia dihiris2 nipis sekeping2.


-bila dah garing, masukkan sos tiram, sos pekat, sos cair, sedikit garam n gula (semuanya secukup cantik mata memandang n rasa ye)...hehhehee


-klu nak sedap tambah sedikit sos lea&perins (klu ada at umah la)..


-bancuh tepung jagung + air rebusan sotong td.. lebur dlm kuali ye...


-masak/tumis dgn api yg kecil supaya tidak hangus...


-masukkan dlm mangkuk n utk hiasan, taburkan daun bawang..



SELAMAT MENCUBA UNTUK RESEPI BERBUKA PUASA..