Friday 27 July 2012

ALLAH BAYAR CASH BRO!!!!

Assalammualaikum my friends...

Entry kali ni betul2 sentap jiwa kan???? sbb sy sedang memeriksa hati sendiri samada ingin bersenang hati ke tak.. tp sy tetap bersyukur segala kejadian ALLAH pada kita umat manusia..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Kisahnya begini..satu hari (dlm tempoh xsampai sebulan dari tarikh hari ini), ade sorang mamat tu kutuk fizikal sy at my sweet hubby..katanya "din, klu bini ko letak kaki atas bdn ko je, pon dh senak...hahahaha"... my sweet hubby yg comey fizikalnya ini pon hanya tersenyum n berkata "tak pe..janji aku sayang bini aku"....

Balik rumah dr keje, my sweet hubby terus cerita..sy dengan geram hati terasa sgt dgn hinaan itu...tapi dia kata at sy "sabarlah sayang..biarkan je org mcm tu..xpayah layan"...sy diamkan aje walaupon hati sangat membara dan tersimpan perasaan malu.. (thun lps dh turunkan berat bdn n kurangkn weight..pastu pregnant---gugur pulak..suami kata biar je la..nnt klu pregnant lagi lps bersalin pantang n turunkn berat semula)...itu sebab biarkan aje badan cm ni..

Bila bercerita dia akan memuji bini dia body solid tambahan lagi bininya ade kedai jamu..jadi mmg la isteri dia tu berbadan cantik..(aku pon boleh buat ape...aku pon ade spa jugak...malas je lagi nk kurus)..

Pastu nk dijadikan cerita, bini bro ni minta cerai at dia sbb katanya hidup tak bahagia..makan hasil bini (sbb dia ade kedai jamu)...dah tu menangis2 cerita n meluahkan perasaan at my sweet hubby tu..

Moral of this story mory, jangan lah menghina kejadian ALLAH.. Lagi satu, kita Suami n isteri dlm rumah tangga ni kena bertolak ansur..klu hari ini suami xcukup duit kita hulur..dia ade duit, dia takkan kedekut nk hulur pulak..Banyakkan masa bersama keluarga INSYAALLAH keluarga kita bahagia...



TIPS KELUARGA BAHAGIA:
  1. Selalulah berdoa dan bermohon kepada Allah, segala-segala yang kita hajatkan SETIAP HARI, kerana hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap dan meletakkan segala2nya. HambaNya yang rajin meminta-minta dariNya akan selalu diredhai Allah. Juga selain berdoa, perlulah berusaha ke arah kebaikan. 
  2. Kesabaran adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Pasangan yang sentiasa bersabar di atas segala ujian yang diturunkan oleh Allah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kesabarannya itu. Tidak semua manusia sempurna, jadi, terimalah seadanya kekurangan dan kelemahan pasangan kita kerana kekurangan dan kekuatannya adalah pelengkap kepada kekurangan dan kekuatan kita.
  3. Bertolak ansur atas semua hal, terutamanya hal yang melibatkan rumahtangga juga hati dan perasaan pasangan masing-masing. Dengan bertolak ansur, setiap pekerjaan dan masalah akan menjadi mudah.
  4. Solat 5 waktu sehari semalam jangan sesekali ditinggalkan kerana itu adalah tiang agama, melambangkan keteguhan iman dan takwa. Suami haruslah memimpin keluarganya ke jalan yang diredhai Allah dan isteri pula bertindak sebagai pendamping, penasihat dan pelengkap ketua keluarga untuk melayari kehidupan berkeluarga ini.
  5. Sentiasa menjaga hati pasangan tetapi haruslah dalam keadaan jujur. Jujur sangat penting dalam memanjangkan hubungan yang bahagia.
Selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment